Thursday, September 2, 2010

lagi 40 minit nak berbuka ni. so this will just be a quick entry.

hari ni angin 'sedikit rajin' plak melanda. awal tghari td terus masuk dapur buat creme caramel.resipi i amik dr Kak Ummi Kuantan, tp resipi asal dr 'Resepi Raidah'. Kak Ummi ckp resipi puding ni sedap gilers, so saje je la nak try kan. 6 biji telur pakai..ya ampunnn..mcm mana pipi nak cengkung nih???!


puding creme caramel.



bila dah potong, nampak berongga2 plak puding i nih. kak umi nye tak berongga pun! grrr..cubaan kali ni tak berapa memuaskan nmpaknye. hmphh. tak kesah la, janji sodapp.



ni plak lauk berbuka hari ni - ikan tenggiri masak cuka :
resipi ni my mom kate, specialty org kampung i kat Sungai Choh, Rawang sana , i.e org Bangkahalu. i ni sbnrnye ade la ala2 kacukan Bangkahulu dr Sumatera gitu. ckp pun ade slang sendiri...yela, mcm org Kelantan kecek Klate..org Bangkahulu plak ckp Bangkahulu la. hehe



rasa ikan ni masam2 & pedas. plus ada campuran halia & bawang tumis - rasa dia mmg unik sket. maybe ade persamaan ngan resipi ikan masak asam yg slalu gak org Melayu masak kot. cumanya resipi ni i tak letak halba or biji sawi.
meh i bagi resipi ikan tenggiri masak cuka ni - kot2 ade org nak try my resipi yg tak seberapa ni ;) :


bahan2 (feeds 4 people):
- 3 ketul ikan tenggiri saiz besar
- 3-4 inci halia: dihiris halus
-3 ulas bawang putih: dihiris halus
-3 batang cili merah besar : dipotong serong
-bawang merah kecil:dihiris halus
-5 sudu makan cuka
-2 cawan kecil air untuk kuah (if nak kuah byk, letak byk sikit air)
-2 sudu tepung jagung - dicampur dgn sedikit air
-sedikit bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan
-garam secukup rasa
-gula secukup rasa


cara2:
-goreng ikan tenggiri bersama kunyit + garam sehingga masak (if suka ikan garing, bole goreng lama sikit), ketepikan.
-dalam kuali baru, tumiskan hirisan halia, bawang merah, cili merah, bawang putih sehingga bawang layu
-masukkan cuka dan air (ikut nak kuah byk mana)
-perasakan dgn garam, gula
-tambahkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn air utk memekatkan kuah sedikit
-apabila kuah dah pekat sikit, boleh angkat sos dan tuangkan atas ikan tenggiri yg telah digoreng
-hias dgn bawang goreng dan daun bawang




hari ni pun teringin nak makan tempe. penyudahnya i buat sambal tempe goreng pedas : sbb i tumis dgn bawang & cili padi kisar.

resipi sambal tempe goreng pedas (senang je ni..sume org tau kot?):


bahan2:
-1 stgh peket tempe: dihiris halus2 (kalau suka tempe yg garing. if not, potong la ikut suka)
-3 genggam ikan bilis
-3 biji bawang merah kecil: ditumbuk sederhana halus
-3 biji bawang merah kecil, 3 ulas bawang putih + 2 genggam cili padi hijau/merah : kesemuanya di kisar tanpa air
-garam dan gula secukup rasa


cara2:
-goreng tempe dan ikan bilis hingga garing
- tumis bahan kisar dan bawang merah yg ditumbuk dgn sedikit minyak sehingga naik bau dan sedikit garing
-perasakan dgn garam dan gula sedikit
-akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis. kacau sebati cepat2 dan tutup api. (kalau nak ikan bilis dan tempe masih garing masa dihidang, terus tutup api lepas masukkan tempe & ikan bilis dlm sambal. rangup2 baru sedap kan ;) )
btw, i wat outdoor photoshoot lagi utk gmbr tempe goreng pedas + ikan masak cuka tu. it was such a great afternoon td, lighting pun cantik. maybe lepas ni i buat outdoor photoshoot je la for my food. heheh

okla takleh bebel byk. harus mandi dulu. kali ni jamu mata je la ye. taaaa!

7 comments:

  1. i love sambal pedas tempe tu.
    hmmm.. i notice u slalu masak. u dok sorang/dgn member ke thats why u masak all the time?
    oh, ikan cuka tu, how's the taste ye? masam? pedas? rangup? it looks very tempting. i love fish :)

    ReplyDelete
  2. masak la smbal tempe tu, pedas die terangkat wor. ;)) hehee

    haha..i slalu masak sbb skrg dah nak 2 bulan i cuti menganggur kan,dok umah ngan my family..kalau i ade kat rumah, mmg my mom jrg2 msk sbb i la yg jadi bibik memasak hari2. i suke bg org mkn, sbb tu tak kesah sgt wpun jadi bibik.hehehh

    ikan cuka tu rasa masam, pedas, pastu ada rasa halia. it's not a common taste, but i think it's nice. nnt i update resipi die eh, kot2 u nak try ke ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Dr...anda sorang wanita yang harus dibangga kan....

    ReplyDelete
  4. tu la, ikan tu nampak menarik sangat. now dah abis rotation anaesthetic kan, so hopefully byk masa nak masak like before. i hanya akan kembali memasak lepas balik dari cuti raya ni. hahaha. kat m'sia slalunye mak masak tapi i tolong sket je, or beli kat luar.
    pasar malam is 4x a week at my plc, pasar tani 1x/seminggu. pasar ramadhan setiap hari di merata2 tpt at my plc sana. best wooooo. seb baik bulan puasa ni berat turun sket, so bleh la isi balik dgn gumbiranye kat m'sia nanti. woohooo..

    u bibik ke? ok la tu, bibik yg disayangi/menggembirakan hati ibubapa. sejuk perut ibu mengandung. besar pahala :D

    ReplyDelete
  5. mat gebu:aiyoyo..sy bdk baru bljr lg la cik mat..

    aquahartz: mak ai..pasar malam 4x/wk? meriah sungguh tuh. tmpat i psr malam once a wk je.huhu. kat mana ur place kat msia? takpe, kalo i jadi u pun, balik tanahair msti nak rase masakan mak je kan..goyang kaki jela jawabnye ;)

    ReplyDelete
  6. Liana, hi to you from a Bengkuluan (is there such word? haha). I bengkulu from Behrang stesen, ramai gak sedara semua yg duduk kat Sg Choh sana. Ikan masak cuka ni my mom pon selalu masak. Nyam nyam.. Your blog mmg meriah dgn resepi n cerita menarik. Bravo! :)

    ReplyDelete
  7. mrsdjones: hi fellow bengkulen!hahaha tak sangka plak leh jumpe another Bengkuluan through this blog thingy. hehe. oo i see, my parents pun penah ckp pasal ade org Bengkulu dok kat Behrang sana. now u dok kat sane ke?

    ReplyDelete